Saturday, December 4, 2010

RinDu KE?? n CutI SeM..

Setelah sekian lama aku xedit post nikn..aku xtau nk tls pe??kisah cinta xdijangka tu stop kjp coz penulisnya ngah cari ilham nk create citer yg terbaik n sesuai utk sumer lapisan umo..ceh..poyo plak aku ni..hehehehe..

musim cuti sem da sampai ke pertengahan pun..xlama lg musim sem br bakal bermula..rindunya kat bilik aku..hehehe..tp betul rindu ke???hehehehe...biasala lumrah manusia bila kita kat uma mesti rasa rindu kat kolej..kalo kat kolej mesti rasa rindu kat uma..tol x??hah,tipula kalo xda ckit pn kn??mesti ada ckit..tol x??

musim cuti ni sesi membesarkan badanla..hehehehe..sumer kengkwn aku keje..xdala sumer..saja nk wat gempak je...ada yg kwn aku kawin n ada da dpt anak da..aku ni bilalakn..(isk3..stop2..merepek jela)hehehehe..aku calon pn xda camne nk kawin apatah lg ada anak..tol x??

perkara yg paling mendebarkan pada musim cuti ni ialah x lain dan x bukan RESULT!!!!! aku xtaula result aku ok ke x??heheheheharap okla...aku rasa bukan aku je yg risau..sumer kengkwan aku pn sm..tol x kengkwn??????

k ar..sampai disini saja..perut da berbunyi ni..daa... :)

Monday, November 15, 2010

Cinta Yang Tak Dijangka 3

Sedang aku berjalan-jalan masa nk beli barang dapur,aku terlanggar seseorang...
  "Sori,sori..awak xda pape..meh,saya tolong awak kemas barang-barang awak...."
  "Xpela......thanks.."
Bila aku dongak kan kpala,alangkah terkejutnya aku..jejaka yang aku jumpa tempohari..Ya Allah,berdegup lagi jantung aku..Belum sempat aku hendak menegur,dia berlalu pergi begitu saja..'Isk,melepas lagi..'monolog aku sendiri....

Sesampai aku di hostel..
  "Woit,lambatnya ko..aku da lapo ni..nk msk pe arini?wei..."
  "Hah,sori,sori..aku xpasan..ko cakap pe tadi?hah,arini kita masak biasa-biasa jela..I'm not in mood.."
  "Haik,tetiba takde mood..pehal ni..pagi tadi ok je siap tawarkan diri lagi nak pegi beli barang dapur          
    konon..citer kat aku nape..."
Nila rumate aku yang paling ceria dan happy yang pernah dijumpai..Nama dia Shasha..dia ni tinggal kat KL..Diala rumate aku dari aku sem 1 sampaila sem 5 ni..Rumate aku yang sehati sejiwa..hehehe..
  "Woit,mengelamun lagi...nyampah tol..xpela,aku pegi masakla..almaklumlakan ada orang tu berahsia ngan aku..sapala diri inikn......"
  "Ala...majukla plak kawan aku sorang ni...nanti-nantila aku citer kat ko..citer aku ni cam fantasi skit..ala-ala dunia magika gtu..hehehehe..."
  "Yela..wahai rumate ku yang tersayang.."sambil mencebikkan bibirnya...

Tetiba handphone ku berbunyi.....
Titt..Titt..Titt..
Ada mesej dari bestfriend aku..Akmal..
'woit..jom kuar petang ni..aku boringla...kita g main boling ke..tgk wayang ke...watla pape yang patut..'
Sambil tersenyum aku pun balas mesej dia..
'Yela..kul bape?ko blnja aku erk..hehehe...ko amik akula kat hostel..'
Beberapa minit selepas tu,Titt..Titt...Titt..
'Yela2..mak datin oii...kul 5 aku amik ko..aku sampai ko da kat pak guard depan tu tau..don't late baby..'
Nak termuntah aku dengar ayat terakhir dia..Akmal ni memang selalu macam tu..ada je ayat manja keluar dari mulut dia..

Aku pun masuk ke dalam bilik untuk membuat kerja yang diberi oleh Dr.Mahani..
Tetiba aku terdengar satu bunyi yang tidak pernah aku dengar sebelum ni..bunyi macam ringtone handphone..Aku pun mencari punca bunyi tu..Setahu aku,Shasha tidakla pakai ringtone ni..lagila aku..Handphone aku lagi satu takda pun ringtone ni..Alangkah terkejutnya aku....
   "Alamak..handphone sapa plak ni..mana phone aku...model sama,warna pun sama..tapi ni bukan phone aku..."
Sedang aku mencari-cari handphone aku yang hilang..tetiba handphone tu berbunyi lagi..aku pun angkatla..
   "Hello.."
   "Hello,ni sapa?Saya rasa kita tertukar phone masa kita berlanggar kat depan 7E aritu.."
Hah..terlanggar kat depan 7E,siapakah manusia yang aku langgar kat depan 7E..
'OMG..jejaka yang aku jumpa aritu...'kata aku dalam hati..
Tetiba peluh mula mengalir di dahi aku....apa yang perlu aku cakap..semuanya bercelaru dalam fikiran aku..Lalu,aku tarik nafas sedalam-dalamnya.....
  "Erm,sori tau..saya xpasan fon awak tertukar ngan saya punya phone..camne kita nak tukar balik..."
'This is it..Nila masanya aku nak berkenalan ngan dia..Yes!!'
  "Erm,kita jumpa balik kat 7E yang awak langgar saya aritu besok pagi kul 10 ble..?saya tunggu awak kat situ..."
  "Okay..by the way..what's ur name?"
  "Sori,my name Ammar...just call me Am"
  "Oh,my name Nurul..."
  "Ok Nurul..Nice to know you..Bye..Jangan lupa besok.."
  "Bye.."
Wow...the feeling just great...Akhirnya,aku dapat bercakap dengan jejaka tu..
Esok tunggu aku.........

Friday, November 12, 2010

KorEan ForevEr...

I just love korean band especially BigBang,Beast,2PM,Suju,Ukiss,Shinee,CnBlue,SS501 n many more....huhu..
This some of their pic that I like n love the most..SARANGHAEYO...OPPA.....

BEAST
 GiKwang oppa...

B2st  mYLove..

BIGBANG
T.O.P oppa..
bigbang oppa...

2PM
cutenyeerrrr Chansung oppa..saranghae..
SHINEE
Itu antara koleksi yang saya ada dlm simpanan..actually ada banyak lagi...saja je nk kongsi ngan korang.....
Hehehehe....Jgn amik org2 yg gmbr sorg2 tu..coz THATS MINE...hahahahahahaha........
 



Thursday, November 11, 2010

Cinta Yang Tak Dijangka 2

Hari ini aku masih terfikirkan jejaka yang aku jumpa semalam..siapa nama dia?kat mana dia tinggal?semua persoalan itu bermain-main di fikiran aku...Sedang aku mengelamun,datang satu-satunya kawan baik aku...
    "Woit,mengelamun panjang nampak..think about me ke??hehehe"
    "Banyaklah ko,dari fikir pasal ko baik aku fikir pasal katak kat bawah ko tu..hahahaha"
    "Hah!!mana katak!!ko jgn,aku paling tkt spesies tu...!!"
Nila bestfriend aku,badan je besar..tapi penakut katak...tapi xpe..aku xkisah coz diala satu-satunya kawan yang care pasal aku..huhuhu..
   "Hah!!Wei,mengelamun lagi..ko da siap da keje yg Dr.Mahani bagi tu ke?Aku nk tgk wei..da nk giler aku wat semlm tau.."
   "Belum lagila..ada lagi ckit je lagi..susah jgk keje tu tau..."
Terlupa sekejap pasal jejaka yang aku jumpa tadi...sebab melayan jejaka yang satu ni kat depan aku..hehehe....

Tuesday, November 9, 2010

Cinta Yang Tak Dijangka...

   Sedang aku berjalan di bawah pohon yang merimbun,aku ternmpak seekor kucing di atas pokok mengiaw mohon sesiapa untuk membantunya turun.Lalu,aku pn bergegas ke pokok tu untuk cuba membantu.Belum sempat aku hendak membantu,ada seorang jejaka turun dari pokok tu sambil mengendong kucing tersebut.Jejaka itu hanya melihat ke arah aku sambil tersenyum.'Ya Allah,indahnya ciptaan Engkau..kacak sungguh jejaka itu.'Belum sempat aku menegur,dia menghilangkan diri.Dalam perjalanan pulang aku asyik terfikirkan jejaka yang aku baru sahaja bertembung tadi.Siapa dia?Dimana dia tinggal?Bermacam-macam persoalan timbul di ruang fikiran aku.'Kan bagus kalo aku dapat bersembang ngan dia tadi'monolog aku sendirian.Tiba-tiba handphone aku berbunyi,"tittt,tittt",mesej masuk dari teman rapatku,Akmal Firdaus.Kami berteman sejak dari kecil lagi.Kami terlalu rapat sehingga semua rahsia kami kongsikan bersama.Aku pun buka mesej tu,"Wei,ko katne syg oii!!Aku da tgg lama ni!!"Alamak,aku baru teringat,aku berjanji ngan Akmal untuk ke pusat membeli-belah untuk 'shopping'.Aku pun bergegas ke tempat yang dijanjikan di bus stop berdekatan ngan sekolah kami.Apabila aku melihat dia dari jauh,sudah aku mengagak pasti aku dibebel.
       "Wei,lambat giler ko!!Ko pergi mana tadi..Janji kul 10,ni da kul 10.30..Da dua bas da gerak..isk3.."
       "Rileksla aku lambat sikit je pun da bising.Lainkali tak nakla keluar ngan ko..Bebel mengalahkan perempuan je..Aku yang perempuan ni pn tak pernah bebel camtu"Aku membalas sambil menjeling.
"Ok...Janganla marah beb..Aku memain je..Da tak comel da.huhu..."
Bas sampai dalam masa 15 minit selepas tu..

Monday, August 30, 2010

keRAnA ciNTa....


Cinta itu cahaya sanubari, 
kurniaan Tuhan fitrah insani,
Dan di mana terciptanya cinta, 
di situ rindu bermula.... 

Cinta itu tidak pernah meminta, 
tetapi memberi sepenuh rela,
Rasa bahagia biarpun sengsara, 
berkorban segala-gala....



Semua kerana cinta,
yang pahit manis dirasa,
Menghibur nestapa, 
merawat duka, 
damai di jiwa...

Terpadam api benci permusuhan,
terjalinlah kasih sayang,
Begitulah cinta yang diidamkan,
tanpa nafsu yang mencemarkan....

Dan jangan pula kerana bercinta,
kita pun leka entah ke mana,
Dan jangan pula kerana bercinta, 
tergadai semua maruah agama....

 Cinta yang sejati, 
hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda,
tulus suci selamanya
Cintakan saudara,
   masa berada hanya sementara
    Cinta sesama insan,
  suburkan dengan ketakwaan....


p/s: suka sgt lirik lagu ni..Semoga cinta sesama kita yang dikurniakan Tuhan ini adalah kerana mengharapkan cinta yang sejati. Amiin…

Sunday, August 15, 2010

keiSTIMewAaN BuLaN-buLan IsLam....


Allah SWT berfirman yang bermaksud :

(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa).
Surah Al-Taubah : 36.
....................................



Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:

Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).


Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :


Muharram
Muharam  ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal)  dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.

Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.

Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.



Berdasarkan makna setiap bulan yang dinyatakan, pastinya masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Muslim yang cemerlang tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa istiqamah dan iltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah Subhanahuwata’ala pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah Subhanahuwata’ala kelak.

Friday, August 6, 2010

KlaS LmbT Tp xLmbt..

                                                                     Salam..

Selama 3 hari berturut-turut aku ada klas tambahan kat Mines..setiap kali petang menjelma selama 3 hari berturut-turut aku akan wujud di Mines..huhu..rasanya cam membazir waktu n duit aku tapi demi memuaskan nafsu keluar(ayat terpower plak..)aku turutkan jgk..tp aku tidak keseorangan..aku ditemani oleh kengkwn aku yg mmg kaki diorg kaki jalan..hehehe(jgn marah erk).

              Pastu tibala waktunya pada ari Jumaat bla aku ada klas kul 6.20 petang..tapi kul 5.30 aku masih ada di bumi mines lg...aku pn bergegas keluar dr bumi yg mengkhayalkan itu..aku tiba di tempat tgg bas kul 5.45..perh..aku da lambat ni..terus otak aku berputar ligat memikirkan nasibku jika aku lambat..terfikir di kpala muka demo OS ku...hehehe..aku pn nekla rapid..perh lg skali aku diduga,bas tu ble plak stop kat ktm..

          Aku pn terpaksa memikirkan jalan alternatif lain..otak ku berputar lg...(Chink!!!)Idea dpt!!aku pn trn pada pukul 6 dr bas tu,aku dptkan teksi..ble plak aku terckp nk blk kolej padahal aku ada klas kul 6.20..abg teksi tu pn ckp ble je..lalu,aku pn ubah statement.."g fakulti bang..clap ckp..huhu"melepas 10 inggit duit aku..eh,clap..11 inggit...nak dijadikan kisahkn..bla aku smpi kat fakulti..ble plak ramai lg yg xdtg..perh..penatnya aku gelabah..(nada xpuas ati)..aku pn terfikir..'ble je kalo aku tgg bas upm camni..'isk3x....