keRAnA ciNTa....


Cinta itu cahaya sanubari, 
kurniaan Tuhan fitrah insani,
Dan di mana terciptanya cinta, 
di situ rindu bermula.... 

Cinta itu tidak pernah meminta, 
tetapi memberi sepenuh rela,
Rasa bahagia biarpun sengsara, 
berkorban segala-gala....



Semua kerana cinta,
yang pahit manis dirasa,
Menghibur nestapa, 
merawat duka, 
damai di jiwa...

Terpadam api benci permusuhan,
terjalinlah kasih sayang,
Begitulah cinta yang diidamkan,
tanpa nafsu yang mencemarkan....

Dan jangan pula kerana bercinta,
kita pun leka entah ke mana,
Dan jangan pula kerana bercinta, 
tergadai semua maruah agama....

 Cinta yang sejati, 
hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda,
tulus suci selamanya
Cintakan saudara,
   masa berada hanya sementara
    Cinta sesama insan,
  suburkan dengan ketakwaan....


p/s: suka sgt lirik lagu ni..Semoga cinta sesama kita yang dikurniakan Tuhan ini adalah kerana mengharapkan cinta yang sejati. Amiin…

Comments

Popular Posts